Saturday, 19 December 2015

Iskandar makin hampir

ACEHPOKER hadir untuk Anda semua pecinta permainan kartu POKER ONLINE yang khususnya berada di Asia. Dengan sistem teknologi baru dan server kecepatan tinggi akan membuat permainan poker Anda lebih seru dan menarik bersama teman-teman Anda maupun saingan Anda.
Anda Bisa Langsung Daftar DISINI 

Kita Juga Ada Sediakan Bermacam - macam Judi Online Seperti Game Acehpoker, Game Bola Online Acehbet, Game Togel & Casino Online Aceh4D
Bagi Yang Belum Daftar Di Agen Kami, Silakan Daftar Di Bawa Ini
Dan Dapatkan Bonus - Bonus Terbesar Di Agen kami 


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) selangkah untuk mara ke separuh akhir Grand Prix Akhir Sirkit Kebangsaan apabila memenangi dua perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Pilihan utama kejohanan itu menang perlawanan sebelah pagi menumpaskan Chen Tang Jie 21-13, 21-12 dan dalam perlawanan kedua dia berjaya mengalahkan pemain remaja negara, R Satheishtharan 21-17, 21-18.

Menurutnya, walaupun sudah semakin hampir untuk ke separuh akhir dia tetap fokus satu persatu perlawanan yang harus dihadapi termasuk aksi terakhir dalam Kumpulan A bertemu Ai Wei Jian hari ini.

“Saya mahu memberi tumpuan dalam perlawanan terakhir terlebih dulu barulah memikirkan aksi separuh akhir. Apa pun saya gembira hari ini (semalam) kerana dapat mengalahkan Satheishtharan yang dianggap pencabar paling sukar dalam peringkat kumpulan,” katanya semalam.

Juara Cabaran Antarabangsa Switzerland, Poland dan Siri Antarabangsa Singapura itu berkata, permainannya sekarang menunjukkan sedikit peningkatan terutama dari segi mengawal tekanan.

“Perlawanan pada sebelah petang lebih sukar berbanding pagi, namun strategi saya semuanya menjadi kecuali pada set kedua terpaksa melawan arah angin sebelum saya menukar kepada rentak menyerang,” katanya.

Pemain berusia 24 tahun itu menjangkakan dia akan bertemu Chong Yee Han di separuh akhir esok.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Goh Soon Huat mengungguli Kumpulan B selepas menumpaskan Wong Chet Vin 21-6, 21-10 dan Lee Zii Jia 21-10, 21-14, manakala Kumpulan C dikuasai Arif Latif selepas menang ke atas Nur Mohd Azriyn Ayub 21-14, 21-12 dan Tan Jia Wei 23-21, 21-13.

No comments:

Post a Comment